Ops... Oleh kerana nama saya ada disebutkan, maka ingin saya membuka beberapa pandangan peribadi sahaja.
1. Pembekal perkhidmatan hosting di Malaysia untuk pelayan RO ini menggunakan LINUX Operating System. Jauh lebih selamat dari pertahanan Windows. Hal sabotaj ini amat tipis dilakukan oleh pihak luar jika tetapan keselamatan tidak diabaikan.
2. Ketika talian ke unit dedikasi milik pembekal perkhidmatan hosting telah mencapai maksima, kejadian menyegarkan talian akan automatik berlaku. In yang sering kita ingat sebagai serangan DDOS kerana semua client telah terputus sambungan serentak. Majoriti dedicated di Malaysia ini berkelajuan internet 1Mbps sahaja sedangkan talian internet pengguna di rumah lebih tinggi, ada yang 1.2Mbps, 2Mbps, 4Mbps, 5Mbps hingga ada pengguna broadband mobile 48Mbps.
3. Kesilapan anda berkongsi ID pengurusan hosting. Ini adalah punca utama untuk tergugatnya keselamatan pelayan RO milik anda walau di mana ia berada sekalipun.